
Berkumpul di Bandar Baru Bangi bersama rakan2 Amatur PARTS ipoh sebelum bertolak ker Port Dickson.
dari kanan 9w2PTT,9W2DGG & 9W2AFR dari kiri 9W2RXG,9W2PGN & 9W2BCT

Aku bersama bekas Pengetua SMVAS 9M2AR (Cikgu Rahman) yg dah 16 tahun tak jumpa
pengetua yg paling sempoi masa zaman aku dulu di sekolah Vokasional Alor Setar.Rupanya Radio Amatur menemukan aku kembali dengan beliau.Semoga cikgu dipanjangkan umur dimurahkan rezeki... Amin.

Yg ini macam biasa Pasar Lambak.... memang barang2 dilambakkan sahaja.. kalau bawak duit lebih alamatnya memang terbeli.. rambang mata dibuatnya... heheheheh

Gerai 9M2RZL (Rizal jurukaka)sedang ditemubual oleh jurukamera TV3 utk slot Majalah 3 tidak lama lagi... bila aku tak pasti.. tunggu je bila majalah 3 muncul dikaca TV anda.

dari kiri 9w2GEO,9M2ALL (Abg Haris) 9w2BMX (Man Bo) 9W2SZZ( Abg Saifulzaman) 9W2BCT (Abg Aswadi OT Land Rover) & juga 9W2NET ( Ari pemilik TM Net hikikikik mana laa tahu satu hari nantikan..)

Bergambar kenangan di belakang BANNER ARRD 2008

Tengah menanti... nombor cabutan bertuah,menung panjang abg Aswadi (kenapa laa aku dapat stiker ICOM jer cabutan bertuah nie.. ingatkan RIG icom ok laa jugak..Mungkin itu yg di menungkan...hikikikikkk)yg di belakang tuh yg tak nampak mukanyer.. si aimil 9W2AUR dan juga Abg Sharul.. 9w2EEE tengah duk ngenyih apa tah..

9W2END (Firdaus Loh Abdullah) & Cikgu Rahman sedang monitar CW di 20 meter HF.

Cikgu Rahman sedang menghantar CW diperhatikan ramai rakan2 amatur yg lain.

Aku bersama Mr RON VK4CKO dari Australia.